JENDELA PUISI: Majalah Sastera Dalam Talian . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmipuisi.blogspot.com

Jumaat, 3 Februari 2017

Tenang

TENANG



Tenang
melihat sawah padi terbentang
luas
hijau dan kuning padi
menyegarkan.


Tenang
melihat pohon-pohon melambai
menurut rentak tari
hembusan bayu lembut
nyamannya.


Tenang
melihat laut bebas
debur ombak menghempas pantai
dan kapal-kapal belayar
di dadanya
damainya.


Tenang
melihat langit membiru
dengan tompokan awan putih
berarak menuju destinasi
sebagai ketentuan Illahi
lapangnya.


Tenang
melihat burung-burung berterbangan
merentas udara dengan riang
terbit pagi dan petang
kembali ke sarang.


Tenang
melihat alam ini
bunga-bunga berkembang mekar
dan harum baunya
semerbak.


Azmi Mohd. Salleh
Kota Bharu

1 ulasan:

  1. Terima kasih tuan. Mmg tenang bila melihat keindahan alam. Boleh ka puisi ini diselitkan suasana alam yg tenang itu, sawah terbentangnya, laut membiru, pohon menghijau, bunga2 mekar dsb? Biar jd rujukan generasi muda yg membaca, bagaimanakan rupa keindahan alam itu, agar dpt menjadi rujukan dan perbandingan keindahan alam zaman kita membesar dgn zaman mereka membesar. Agar dpt mereka menjaga keindahan alam dan tidak mengubah dan merosakkannya.

    BalasPadam