JENDELA PUISI: Majalah Sastera Dalam Talian . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmipuisi.blogspot.com

Minda Editor



http://azmipuisi.blogspot.com
azmingahabadi@yahoo.com

Puisi bukan sekadar perkataan dan istilah dalam kata-kata, tetapi Puisi adalah kata-kata yang terbit dari hati dan jiwa Pemuisi. Ada maksud tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan, hanya diketahui oleh Pemuisi kecuali orang yang memahami setiap kata-kata yang ditulis.

Biodata Penulis


Nama Penuh: AZMI BIN MOHD. SALLEH
Nama Pena: Ngah Abadi
Editor/Wartawan/Jurufoto: RELATIF, SIAR.TV, HARIAN DETIK, ABJAD KELANTAN: SKUAD GHOSTBUSTERS, JEJAK SEJARAH, JEJAK SILUMAN, JENDELA ALAM, DESTINASI, RAMPAI, DIET SIHAT, RAWAT, SAJIAN JUADAH, MASJID dan JENDELA PUISI.

01. RELATIF: SIRI 05: http://azmirelatif-05.blogspot.com (Klik Siri: 04, 03, 02 dan 01).
02. SIAR.TV: SIRI 04: http://siartv-04.blogspot.com (Klik Siri: 03, 02 dan 01).
04. ABJAD KELANTAN: SKUAD GHOSTBUSTERS: http://abjad-kelantan.blogspot.com.
05. JEJAK SEJARAH: http://azmisejarah.blogspot.com.
06. JEJAK SILUMAN: http://azmijejak.blogspot.com.
07. JENDELA ALAM: http://azmifoto.blogspot.com
08. DESTINASI: http://azmidestinasi.blogspot.com.
09. RAMPAI: http://azmirampai.blogspot.com.
10. DIET SIHAT: http://azmisihat.blogspot.com.
11. RAWAT: http://azmirawat.blogspot.com.
12. SAJIAN JUADAH: http://azmijuadah.blogspot.com.
13. MASJID: http://azmimasjid.blogspot.com
14. JENDELA PUISI: http://azmipuisi.blogspot.com


Sejarah Kelahiran
Dilahirkan pada 15 Ogos, 1964 di sebuah desa terpencil di Kampung Temangan Lama, Machang, Kelantan. Kampung Temangan Lama terkenal sebagai sebuah tempat lombong bijih besi (tahun 1914) yang terletak di sebuah bukit dikenali Bukit Besi, kini dinamakan Kampung Bukit Besi, Temangan Lama, Machang, Kelantan.

Pada zaman kanak-kanak sekolah, pada tahun 1971 hingga 1976, menuntut di Sekolah Kebangsaan Temangan iaitu kira-kira (2 kilometer) dari Kampung Temangan Lama (tempat kelahiran). Semasa di sekolah rendah, begitu aktif dengan aktiviti nyanyian dan pernah mewakili peringkat sekolah dalam jajahan Machang. Selain aktif dengan aktiviti pakaian beruniform iaitu "Pengakap" sehingga pernah mewakili peringkat sekolah ketika Jambori Pengakap Negeri Kelantan di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan pada tahun 1975.

Kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kampung Pek (kini Sekolah Menengah Sri Intan), Machang, Kelantan dalam Tingkatan Satu dalam tahun 1977 sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1981. Ketika di sekolah rendah dan menengah begitu aktif dengan kegiatan nyanyian dan persembahan deklamasi puisi peringkat sekolah, termasuklah persembahan hiburan pementasan "lawak jenaka" sempena "Sambutan Hari Guru" setiap tahun bermula tahun 1979.

Sejarah Penulisan
Mula menceburkan diri di dunia penulisan semasa menuntut di Sekolah Menengah Kampung Pek (kini Sekolah Menengah Sri Intan), Machang, Kelantan dalam Tingkatan 3 pada 28.12.1979. Di awal penulisan, genre yang sering diminati dan banyak ditulis ialah Puisi ‘Sajak’. Genre puisi berjodol "Banjir" adalah karya pertama yang disiarkan dalam majalah kanak-kanak iaitu Majalah Bujal (terbitan Raz Studio, Kuala Lumpur) pada 17.3.1980.

Puisi (Sajak)
Selepas itu, puisi-puisi banyak disiarkan dalam majalah, akhbar dan radio tempatan umpamanya Radio Malaysia (RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur), Radio Malaysia (RTM Kuala Terengganu) dan Radio Malaysia (RTM Kota Bharu). Manakala karya dalam genre ini banyak disiarkan di majalah tempatan seperti Majalah Sistem Pelajar, Akademik, Sinaran Islam (JAKIM – Jabatan Perdana Menteri) serta Suara Masjid Negera (JAKIM – Jabatan Perdana Menteri). Karya Puisi dalam akhbar tempatan pula umpamanya Mingguan Ekspress, Iklan Sri Timur (Kelantan), Akhbar Islam Al-Fununiah (Kelantan), Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Karya berbentuk Puisi juga pernah diterbitkan dalam bentuk buku dikenali Antologi Bersama:
1. Memori VI (puisi berjodol "Bagai Air Mengalir") terbitan Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) pada tahun 1990.
2. Tifa VI (puisi berjodol "Ketika Damai Yang Masih Perlu" dan "Perjalanan Abad 21") terbitan Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA) PADA 31 Julai, 1993.
3. Tifa VII (puisi berjodol "Fikir" dan "Menjejak Hari-Hari Pasti") terbitan Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA) pada tahun 27 Januari, 1995. Di masa yang sama, Penulis aktif dalam Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA).
4. Bisikan 7 (puisi berjodol "Angin Barat" dan "Suatu Masa") terbitan Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) pada tahun 2009.

Cerpen
Selain penulisan Puisi (Sajak), penulisan Cerpen, Rencana dan Berita juga turut dijadikan aktiviti dan menjadi keutamaan sebagai pendekatan dakwah selain untuk menyiarkan ilmu di samping pengetahuan dan maklumat kepada pembaca sama ada dalam akhbar, diges berbahasa Melayu dan majalah tempatan. Genre ‘Cerpen’ mula ditulis pada tahun 1981 apabila karya ulung berjodol ‘Awang’ telah disiarkan dalam Majalah Bujal terbitan Raz Studio, Kuala Lumpur. Media serta makalah lain yang turut menyiarkan genre berkenaan seperti akhbar UMNO Merdeka serta Radio Malaysia (RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur). Cerpen berjodol ‘Tumpas’ telah disiarkan dalam rancangan Rampaian Pasukan Keselamatan terbitan Radio Malaysia (RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur). Selepas itu, akhbar UMNO Merdeka menyiarkan cerpen yang berjodol ‘Jual’. Dalam masa yang sama, saya cuba berjinak-jinak dalam penulisan Novel dan Skrip Drama Radio tetapi tidak mendapat tempat.

Berita
Penulisan ‘Berita’ bermula pada tahun 1986 semasa bertugas sebagai kakitangan Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Kota Bharu, Kelantan yang kemudiannya Bumiputra-Commerce Bank Berhad (BCB), Kota Bharu dan kini Bumiputra-Commerce Bank Berhad, Wakaf Siku, Kelantan. Kebanyakan berita banyak dimuatkan dan disiarkan dalam Majalah Gemaputra (BBMB, Kuala Lumpur) dan BCB News (Bumuputra-Commerce Bank Berhad (BCB), Kuala Lumpur), Buletin Perlindungan Pengguna (KPDN & HEP) serta Majalah Bicara. Manakala dalam akhbar pula, berita yang dihasilkan banyak disiarkan dalam akhbar Iklan Sri Timur (Kelantan), akhbar Cabaran, akhbar Mingguan Dialog (Kelantan), Akhbar Matahari (M), Utusan Pengguna (CAP, Pulau Pinang), Bacaria (Karangkraf Sdn. Bhd) serta Warta Perdana.

Rencana (Artikel)
Genre penulisan Rencana (Artikel) bermula pada tahun 1987. Di antara konsep penulisan rencana yang menjadi minat serta kerap ditulis dan telah disiarkan dalam media cetak adalah berhubung dengan Agama Islam, Pengguna, Pemakanan, Kesihatan, Alam Sekitar (Ekologi), Psikologi, Falsafah, Politik, Ekonomi, Akademik, Kesusasteraan, Sejarah, Sains, Misteri (Aneh) dan Isu Semasa. Karya berbentuk Rencana ini banyak disiarkan dalam pelbagai media cetak seperti majalah, makalah dan daiges tempatan umpamanya akhbar Mingguan Famili (1987), Mingguan Islam, Iklan Sri Timur (Kelantan), Akhbar Islam Al-Fununiah (Kelantan), akhbar Mingguan Dialog (Kelantan), Warqah Darul Naim (Kelantan), Jendela Timur (DBP Kelantan), Media Islam, Mingguan Tempo (Malaysia), Mingguan Wawasan, akhbar Cabaran, akhbar Bebas, Mingguan Prima, Utusan dan Mingguan Malaysia, Berita Harian, Akhbar Matahari (M), Utusan Pengguna (Persatuan Pengguna Pulau Pinang – CAP), Bacaria (Karangkraf Sdn. Bhd) serta akhbar Media Terkini. Manakala dalam majalah tempatan pula seperti Majalah Sihat, Majalah Ummi, Majalah Sinaran Islam (JAKIM – Jabatan Perdana Menteri), Majalah Ummah, Majalah Timang (LPPKN), Majalah Sari Peristiwa (Kelantan), Majalah Pengguna (FOMCA), Suara Masjid Negara (JAKIM – Jabatan Perdana Menteri), Warta Cermat (KPDN & HEP), Majalah Detik, Majalah Tamadun, Majalah Media Kesihatan, Majalah Ibu, Majalah Ibubapa, MalaysiaKini.Com (Majalah Internet), Buletin Perlindungan Pengguna (KPDN & HEP), Majalah Fokus SPM (Karangkraf Sdn. Bhd) , Variasi, Majalah Bicara serta Media Terkini.

Kegiatan Kesusasteraan
01. Mewakili Sekolah Menengah Kg. Pek (SMKP), Machang, Kelantan ke Pertandingan Membaca Cerpen di Sekolah Menengah Sains, Labok, Machang semasa di Tingkatan 2 Sastera 4 pada tahun 1978 dengan cerpen berjodol ‘Seorang V.I.P’.

02. Memasuki Pertandingan Membaca Syair ketika di Tingkatan 3, Sekolah Menengah Kg. Pek (SMKP), Machang, Kelantan. Mendapat tempat Ketiga.

03. Menganggotai Persatuan Seni dan Sastera Negara (PERSENI), Machang, Kelantan pada tahun 1982 dalam bidang penulisan Puisi dan Cerpen.

04. Menyertai Pertandingan Menulis Puisi dan Cerpen anjuran Badan Seni dan Budaya Kelantan (BASNIDA) pada tahun 1987.

05. Menyertai Peraduan Penulisan Kreatif anjuran Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA) pada tahun 1987.

06. Menyertai Sayembara Penulisan Puisi Islam II anjuran Persatuan Penulis dan Seniman Pasir Puteh (PUSPA) pada 21-6-1988.

07. Mendeklamasikan Puisi karya sendiri berjodol ‘Salam Benua’ serta menyampaikan sebuah Syair ciptaan sendiri berjodol ‘Seruan Umat’ di Majlis Malam Perjumpaan Ahli-ahli Kelab Bankputra, Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB, Kota Bharu, Kelantan) pada 23-6-1988 di Motel Pantai Cinta Berahi (kini Pantai Cahaya Bulan).

08. Menyertai Pertemuan Penulis dan Budayawan Kali Ke-2 anjuran Persatuan Penulis dan Seniman Pasir Puteh (PUSPA) pada 7.6.1990 hingga 9.6.1990 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

09. Menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan 1991 Peringkat Negeri Kelantan anjuran GAPENA dan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan pada 15.7.1991 yang diadakan di Biro Penerangan Negeri Kelantan, Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan.

10. Mendeklamasikan Puisi karya sendiri berjodol ‘Satu Pertanyaan’ sempena Malam Deklamasi Puisi Islam ASWADA, Majalah Peristiwa dan Al-Arqam pada 31-8-1991 di Dewan Perkumpulan Perempuan (PPK), Kota Bharu, Kelantan.

11. Mendeklamasikan Puisi sempena Majlis Makan Malam Kelab Bankputra, Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB, Kota Bharu, Kelantan) sesi 1993/1994.

12. Menyertai Deklamasi Puisi Kumpulan ‘Kita Ini Tetamu Senja’ (karya Datuk A.Samad Said) serta Puisi karya sendiri berjodol ‘Meniti Ruang’ sempena Kursus Counter Attack Programme (CAP) anjuran Pejabat Pengurus Kawasan, Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB, Kuala Terengganu) dengan kerjasama Pusatputra, Kuala Lumpur di Hotel Permai Park Inn International, Kuala Terengganu. Mendapat anugerah CAP berupa sijil sebagai ‘Pendeklamasi Sajak Terbaik’.

Kegiatan Lain
Pada tahun 1989, saya mula menukar arah daripada aktif dalam persatuan penulis, saya mendaftar diri menjadi ahli Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan (KCA) pada 23.8.1989. Dan pada tahun 1991, saya telah dilantik menjadi Setiausaha Biro Pengaduan, Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan sehingga tahun 2006.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1996 sehingga 2001, saya telah diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan Setiausaha Biro Perancangan dan Kajiselidik persatuan berkenaan di samping sebagai menjalani tugas-tugas sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dan memegang status ‘Ahli Seumur Hidup’. Selepas itu, dalam Mesyuarat Agung Ke-16 Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan yang diadakan pada 25-6-2001, saya telah dipilih untuk menjawat jawatan Penolong Setiausaha Kehormat persatuan berkenaan sehingga tahun 2006. Peranan dalam persatuan berkenaan ialah sebagai Badan Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat, mengendalikan aduan, penyelidik dalam beberapa bidang khusus yang melibatkan aduan, kesihatan dan pemakanan serta memberikan ceramah dan penerangan kepada masyarakat pengguna dan pelajar sekolah.

Pada tahun 2009, menganggotai ABJAD Kelantan: Skuad Ghostbusters. ABJAD Kelantan adalah singkatan bagi "Angkatan Bina Jati Diri" atau ABJAD di mana salah satu unit di bawahnya dikenali "Skuad Ghostbusters". Di antara aktiviti unit ini ialah mengadakan kempen kepada orang ramai tentang pentingnya membuang saka, merawat dan memulihkan penyakit rohani seperti gangguan makhluk halus, menghalau dan menangkap makhluk halus yang mengganggu individu dan kediaman (rumah/bangunan), memulihkan sihir dan santau melalui kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali (Wali dan Ulama tersohor Kelantan, Malaysia dan Nusantara), mengadakan aktiviti tahan lasak seperti mendaki gunung, menyusur gua serta merakam foto makhluk halus di sesuatu kawasan misteri yang dilawati.

Jawatan (Biodata Nolstalgia)
01. Setiausaha Persatuan Agama Islam, Sekolah Menengah Kg. Pek, Machang, Kelantan semasa di Tingkatan 2 Sastera 4 pada tahun 1978.

02. Ketua Tingkatan 5 Sastera 2 yang terbaik di antara seluruh tingkatan sama ada sidang pagi dan petang pada tahun 1982. Memperolehi anugerah pujian dan jambangan bunga kerana sifat kepemimpinan dan berikutan penjagaan kebersihan kelas dari Guru Besar, Encik Sulaiman.

03. Pengerusi Bahasa dan Budaya, Sekolah Menengah Kg. Pek, Machang, Kelantan pada tahun 1982.

04. Dilantik sebagai Wartawan Kelab Bankputra, Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB Kota Bharu, Kelantan) sejak 1985-1989. Kemudian dilantik Wartawan Cawangan untuk Bumiputra-Commerce Bank Berhad (BCB) di Kelantan mulai tahun 2000 hingga 2006.

05. Setiausaha Kehormat, Kelab Bankputra, Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB Kota Bharu) mulai tahun 1987 untuk sesi 1987/1988.

06. Dilantik sebagai Penulis Sambilan akhbar Berita Harian pada 16-5-1990.
07. Dilantik sebagai Pemberita Daerah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24-10-1990.

08. Setelah menganggotai Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan, jawatan pertama ialah Setiausaha Biro Penyelidikan. Selepas itu sebagai Setiausaha Biro Pengaduan (24.12.1992 sehingga sekarang) diikuti sebagai Setiausaha Biro Perancangan dan Kajiselidik (21-12-1995), Ahli Jawatankuasa (AJK) dan Penolong Setiausaha Kehormat (mulai 25-6-2001 hingga 2006).
09. Menjadi Penulis dan Wartawan Pengguna untuk Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan hingga tahun 2006.

10 Menjadi wakil Pemberita Daerah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk akhbar lidah rasminya Utusan Pengguna.

11. Bermula pada 1-1-2006 dilantik dengan rasmi sebagai Wartawan Daerah akhbar Media Terkini. Menulis dalam kategori kisah Misteri, Aneh dan Pelik, Isu Semasa, Akademik dan Sosial.
12. Mulai tahun 2009, menganggotai ABJAD Kelantan setelah selesai membuang saka pada 28.2.2009. Kemudiannya dilantik oleh Badal (Tuan Guru) dalam Skuad Ghostbusters.

Penerbitan Majalah Maya
Bermula pada tahun 2012, mula membina portal atau blog sendiri untuk majalah dalam talian atau majalah maya seperti Relatif: Siri 05 (Klik: Siri 04, 03, 02 dan 01), Siar.TV: Siri 04 (Klik Siri 03, 02 dan 01), Harian Detik, ABJAD Kelantan: Skuad Ghostbusters, Jejak Sejarah, Jejak Siluman, Jendela Alam, Destinasi, Rampai, Diet Sihat, Rawat, dan Sajian Juadah.

Di antara bahan-bahan yang ditulis dalam 10 majalah ini meliputi karya ilmiah dan akademik yang mencakupi pelbagai bidang meliputi konsep Umum, Santai, Destinasi, Ekspedisi, Rekreasi, Pengalaman, Misteri, Aneh dan Pelik, Agama Islam, Bahasa dan Sastera, Akademik, Sejarah, Pengguna, Rawatan, Pemakanan, Kesihatan, Alam Sekitar, Seni (Kreatif, Kraf, Warisan), Hobi, Ekonomi, Psikologi dan Sosial dengan didasarkan bukti-bukti foto secara realiti dan relatif.

Tok Guru/Guru (Kuliah Agama)
01. Ustaz Hamdi Ismail
02. Haji Deraman (Pak Nik Deraman, arwah)
03. Mohd. Noor bin Ali (Paksu Noor, bekas Ketua Kampung dan Imam).
04. Ustaz Haji Hasbullah (Bekas Mufti Kelantan).
05. Ustaz Muhammad Mustafa 
06. Ustaz Haji Daud Pulau Pisang (arwah)
07. Ustaz Azahari Ibrahim
08. Ustaz Nursalam Al-Hafiz
09. Ustaz Shamsuddin Abdul Rahman (Ustaz Din)
10. Ustaz Hj. Muhammadi Zakaria (Imam Tua, Masjid Mukim Lundang)
11. Ustaz Irfan Mat (Imam Muda, Masjid Mukim Lundang)
12. Ustaz Khairul Amilin Hassan (Masjid Mukim Lundang)
13. Ustaz Abdul Rahman Iskandar (Ustaz Man)
14. Ustaz Sopi
15. Ustaz Fikri Hamat
16. Ustaz Hj. Wan Mohd. Sharafi Mustafa
17. Ustaz Suratemi Mat Yusoff (Tuan Kadi Negeri Kelantan)
18. Ustaz Muhammad Hanief Awang Yahaya
19. Ustaz Zaidi Muji
20. Ustaz Bisyar
21. Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
22. Ustaz Abdul Halim
23. Ustaz Ihyauddin Abdul Aziz (Pasir Mas)
24. Syeikh Hisyam (Palestin)
25. Syeikh Dr. Ikrimah Mohd. Sabri (Imam Masjid Al-Aqsa, Palestin)
26. Ustaz Khairil Anuar (Imam Masjid Kg. Losong, Kuala Terengganu)
27. Ustaz Abdul Halim (Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan)
28. Ustaz Nazim
29. Ustaz Haji Nasir Mohamad
30. Ustaz Zul.
31. Ustaz Wan Shahrizal (Pondok Pasir Tumboh, Asal Pahang)
32. Ustaz Kaswari
33. Ustaz Mohamad Zain Mohamod (Pondok Kg. Paloh, Tendong, Pasir Mas, Kelantan)
34. Ustaz Mohd. Nazri (Ustaz Yie)
35. Syeikh Abdul Rahman (Makhraj Al-Quran)
36. Y.B. Sahibul Samahah Dato' Hj. Shukri Mohamad (Mufti Negeri Kelantan)
37. Ustaz Ahmad bin Yunoh (Imam Satu, Masjid Sultan Muhammad II, Jalan Telipot,
      Kota Bharu, Kelantan)
38. Ustaz Bahaudin Ab. Razak (Imam Dua, Masjid Sultan Muhammad II, Jalan Telipot,
      Kota Bharu, Kelantan).
39. Ustaz Saibon.
40. Ustaz Muhammad Mustaqim Ghazali (Terengganu)
41. Dr. Azmi Yaacob
42. Ustaz Shukri
43. Ustaz Amir (MAIK)
44. Ustaz Daud bin Salleh (Masjid Sultan Muhammad II, Jalan Telipot, Kota Bharu)
45. Ustaz Abdul Rahman bin Ismail (Masjid Sultan Muhammad II, Jalan Telipot, Kota Bharu)
46. Profesor Dr. Azhar Mohammad (Universiti Malaysia Kelantan)
47. Dr. Ustaz Mohammad Azhar (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra)
48. Ustaz Atif Banni (Sekolah Agama Sri Kiblah)
49. Ustaz Fadli bin Ya
50. Ustaz Muhammad Ismail (Akademi Tahfiz Aman, Kg. Landar, Pasir Mas, Kelantan)
51. Ustaz Wan Ahmad Nazri (Imam Masjid Mukim Wakaf Baharu, Kelantan)
52. Al-Alamah Tuan Guru Haji Ahmad Junaidin @
      Syeikh Muhyiddin Haji Ahmad Junaidin
      Guru Utama Abjad/Guru Ijazah Pusat
      Yang Dipertua
      Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat
      (Arwah wafat pada 28.2.2015).
      (Wali Kutub Zaman)
   
53. Ustaz Zalfakar Zakaria (Badal Abjad dan Wali Kutub Zaman, murid Tuan Guru Haji Ahmad Junaidin. Arwah wafat pada 24.5.2016, jam 10.00 malam).
 
 
AZMI MOHD. SALLEH
Editor
 

HAK CIPTA TERPELIHARA (C)